Untukmu Sayang

Lilypie Breastfeeding tickers

Lelaki idaman Muslimah...

Biarlah dia seorang yang buta....
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu......
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran..
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
dan dia lantang menyuarakan kebenaran..

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia..

Biarlah dia seorang yang papa...
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah..
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.

Kenduri sepupu..


Semalam aku g majlis persandingan sepupu kat Wisma MBSA, Shah Alam..Tahniah buat Mukmin dan Isteri Rima Anggrena..smg perkahwinan kalian b'dua kekal hingga ke syurga..best bila dpt jumpa sedara mara..bukan slalu nk kumpul ramai2 kan..

Makanan pun sedap2 gak..ada ayam masak merah, daging masak rendang & udang..akhirnya dpt gak mkn lauk kenduri...huhu...

Jom layan gambar jela yer...mlas nk menaip..nie pun saja nk update blog..dah x tahu nk taip aper...



p/s:masih di putrajaya...dah rindu sngt2 kt perlis nie...hehe...

2nd Anniversary

Nie la pelamin masa adik aku kawin dlu...

Alhamdulillah..hari nia aku masih lg diberi peluang olehNya untuk melihat dunia nie...syukur pdMu Ya Allah...aku masih diberi kesempatan utk menulis dan mencoret apa sj di blog yg sngt2 aku syg...Blog tmpat aku luahkan segalanya..dlu di sini akn kucoret suka duka...tp kini aku perlu menapis ayat2ku kerana rasanya ada yg m'baca apa yg aku coretkan di sini..

Hari nie adalah ulangtahun perkahwinan adikku b'sama suaminya yg t'sayang ke 2 thn..aku doakan mereka b'bahagia hingga ke akhir hayat di samping puteri kesyangan Siti Nur Humaira'..smg mereka sabar dlm menempuh asam garam dalam rumahtangga...apa sj yg t'jadi mg mrk sabar m'harunginya...

Aiii....2 thn dah nie adik aku kawin...dlu masa thn 2008 org tnya bila aku plak..aku ckp thn depan(2009)..tp skrg dah 2010..huhu...mcm mana nie...ada hikmahnya..betul x???jodoh pertemuan Allah yg tentukan...

Bila fikir soal kawin nie...aku jd seram sejuk..kecut perut rasanya..mcm fikir ttg kematian...takut rasanya...b'sediakah kita klu esok @ lusa @ hari nie kita dijemput pulang kepadaNya...mmg kita kena sntiasa m'persiapkan diri dgn amal ibadah kita spy kita sntiasa b'sedia pada bila2 masa sj bila malaikat izrail dtg utk mngambil nyawa kita...

Dalam bab perkahwinan nie..kita jg kena siapkan diri sblm melangkah ke alam rumahtangga..
bila aku fikirkan blik..dah ckp ker ilmu aku nie????dah b'sedia ker aku nie????emmm...mmg la bnyak buku2 pasal alam rumahtangga aku dah bc..bnyak ilmu yg aku perolehi dr bc buku2 yg aku beli...tp....

Aku dah b'usaha, b'doa & skrg aku tawakal pd Allah smg semuanya d permudahkan..andai tiada jodohku dgnnya..aku redha...ada hikmahnya...andai jodohku mmg t'tulis b'samanya...aku terima seikhlas hati kerana Allah...:)akan ku jd isteri yg t'baik buatmu..

26.05.2008 adalah satu tarikh yg x akan aku lupakan smpai ke akhir hayatku..tarikh yg sngt b'makna buatku...Hanya Tuhan saja yg tahu...dh dua thn rupanya..kita hnya merancang...tp Allah yg tentukan...aku redha Ya Allah dgn apa yg akan b'laku lepas nie...

Perempuan meminang lelaki???

Selalunya lelaki yang harus memulakan dahulu. Pihak lelaki yang merisik khabar, kemudian jika isyarat “lampu hijau” diberikan, maka menyusullah rombongan peminangan. Lelaki meminang wanita. Bagaimana jika sebaliknya, pihak wanita pula yang merisik khabar, kemudian menghantar rombongan meminang? Wanita meminang lelaki. Ah, janggal. Tidak pernah dibuat orang. Begitulah sempitnya adat berbanding keluasan syariat. Justeru dalam sejarah Islam, pihak wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Siti Khadijah meminang Rasulullah. Sayidina Umar pernah “meminang” Sayidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah (tetapi Siti Habsah kemudiannya menjadi isteri Rasulullah SAW). Pada zaman kegemilangan Islam, kedua-dua cara dipraktikkan. Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Tidak ada istilah perigi cari timba seperti yang diungkapkan oleh adat atau budaya masyarakat hari ini. Kebenaran kerap kali nampak janggal (untuk dimulakan) sebab ia bertentangan dengan budaya. Tetapi kita perlukan keberanian untuk melakukan anjakan paradigma, seterusnya perubahan sikap… biarpun terpaksa menanggung risiko dituduh tidak tahu malu!

Perlu diingat kekadang adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah diutamakan syariat kerana adat hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan manusia manakala syariat bersumberkan wahyu Ilahi. Adat relatif sifatnya – boleh berubah mengikut zaman dan perubahan minda manusia. Tetapi syariat bersifat mutlak, tetap relevan dan signifikan sampai bila-bila.

Tidak dinafikan kekadang adat bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku, sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian yang mencemarkan kesuciannya. Adat “membatalkan air sembahyang”, kenduri walimah secara keterlaluan (hingga menyebabkan pembaziran dan sikap menunjuk-nunjuk), mas kahawin yang berjumlah beribu-ribu ringgit, adalah antara contoh bagaimana sesuatu yang mulanya berasalkan kehendak syariat telah bertukar menjadi kehendak nafsu. Sering berlaku, yang sunat dianggap seperti wajib. Manakala yang wajib pula dianggap remeh dan dipinggirkan.

Kepada ibu bapa pihak wanita, malah wanita itu sendiri, jangan takut untuk merubah budaya. Kita mesti berani melawan arus. Hubungan Allah s.w.t. dan sesama manusia saling berkaitan. Marilah kita jaga hubungan kita dengan Allah s.w.t., untuk mendapat kekuatan menyelesaikan masalah manusia. Kita tidak boleh lagi terikat dengan cara-cara konvensional sahaja untuk menyelesaikan masalah ummah. Oleh itu, jika ada seorang lelaki yang anda percayai layak menjadi calon suami yang soleh, ambillah tindakan untuk mula merisik dan melamarnya. Jika diterima, alhamdulillah. Jika ditolak, tidak mengapa. Usah berasa malu kerana anda bukan melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.

Sekalipun ditolak, pihak wanita atau wanita itu sendiri sebenarnya telah melakukan satu usaha yang mulia malah mengikuti jejak langkah Sayidina Umar yang menawarkan puterinya untuk Sayidina Abu Bakar. Bukankah pinangan Umar juga ditolak dengan baik oleh Sayidina Abu Bakar? Namun kemudiannya Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah sendiri sudi memperisterikan Siti Habsah. Jadi bagaimana dengan anda? Tidak mustahil natijah yang sama mungkin anda alami… insya’ Allah s.w.t., Allah s.w.t. tidak akan mengecewakan para hamba yang komited mengikut syariatNya.

Usah berasa malu untuk menjadi “perigi” yang mencari “timba”. Malu yang sedemikian tidak kena pada tempat dan perkaranya. Sayang sekali, kekadang malu kita tidak merujuk kepada syariat. Ketika ramai kaum wanita tidak malu mendedahkan aurat, bergaul bebas dan melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh syariat… apakah anda harus berasa malu mengikut syariat dan menyusuri langkah-langkah para salafussoleh untuk mendapatkan jodoh terbaik untuk anda?

Tahniah Shahir...

Tahniah Shahir...ada hikmahnya Afundi masuk...akhirnya Shahir m'jadi juara...

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Geram sungguh....

Comelnya baby nie....
Set bilik yg sngt menarik...

Koleksi kasut2 yg aku suka sngt2....rasa nnt nk beli kt humaira' la...





Kecantikan Wanita

Cantikkan Merak nie????

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluarga dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bila wanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

Aku perlu tingkatkan kecantikan peribadiku utk m'jd wanita solehah dunia & akhirat...itu yg lebih pntg...betul x???

Tabarruj

Erti tabarruj ialah membuka sesuatu dan menampakkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain. Ia juga beerti memaksa diri untuk membuka sesuatu yang harus disembunyikan. Namun begitu ia memberi maksud yang khusus, iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki lain yang bukan mahramnya. Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat, maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat.

Firman Allah Swt:
“Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu.”
(Surah al-Ahzab ayat 33)

Rasulullah saw sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita Islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai suatu perkara yang mesti dipatuhi.

Rasulullah saw juga bersabda:
“Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.”

Ayat al-Quran berikut lebih menguatkan hadits di atas:
“Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada keinginan untuk menikah lagi, tiadalah atas mereka (pakaian luar) dengan tidak menampakkan perhiasan (menunjukkan kecantikan).”
[an-Nur:60]

Ayat tersebut menjelaskan bahawa wanita-wanita yang sudah mengalami menopouse boleh untuk menanggalkan jilbab (pakaian luar)-nya. Akan tetapi, mereka tetap wajib menutup auratnya dan tidak menampakkan perhiasan (kecantikan) yang ada pada diri mereka. Jikalau wanita tua yang telah menopouse pun dilarang untuk menunjukkan kecantikan (yang nampak pada tubuh badannya atau bersolek untuk mempamerkan kecantikan) yang ada pada dirinya, apatah lagi wanita yang masih subur tentu saja tidak boleh bertabarruj (menunjukkan kecantikan). Kecantikan tubuh kenalah ditutup dengan hijab seperti yang disyariatkan iaitu menggunakan jilbab (serupa jubah) dan kain kudung (tudung) ketika keluar rumah menuju kehidupan umum atau ketika berdepan dengan bukan mahramnya. Syara’ juga melarang amalan bersolek dengan tujuan mempamerkan kecantikan dihadapan lelaki bukan mahram.

Daripada dalil-dalil di atas jelaslah bahawa bersolek untuk tujuan mempamerkan kecantikan dan menampakkan bahagian tubuh tanpa hijab (jilbab dan tudung) di hadapan bukan mahram adalah dilarang. Bagi seorang isteri hanya boleh bersolek untuk suaminya dan tidak boleh mempamerkan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Rindu kamu semua

RINDU KAMU SEMUA

Rindu arwah Abah & arwah Kak Ana
Rindu kata2 nasihat abah (jgn la biar perut kosong nnt skit sapa ssh)huhu
Rindu kata2 k.ana (aku nie x dak baju)padahal baju penuh satu almari..hehe..itulah yg k.ana slalu katakan...
Rindu pd senyuman kalian b'dua...

Rindu irhan, aiman & humaira'
Alang rindu kata2 aan...
aan: alang beli baju ben 10 na
alang: ok, alang beli...aan nk warna apa
aan:warna oren
(tp alang beli warna coklat la sayang)hehe..skrg alang dh x bleh beli apa2 lg...dlu aan nk kereta bomba, alang beli..w'pun harganya mahal, tp tuk aan alang sanggup belikan...

Alang rindu aiman...
aiman:alang wat pe 2???
alang:x wat per pun, aiman mkn nasi dah
aiman:x pun...daddy x masak..
(bkn mama yg x masak, tp daddy...hehe..mama wat pe???

Alang rindu Humaira'
Humaira' x pndai ckp lg..
Yg dia pndai pggl ummi dia jer..
Alang paling rindu senyuman dia..
Mmg manis & menawan...hehe..

Sejak akhir2 nie mereka yg slalu ada dlm fikiranku...kenapa aku t'lalu merindui mereka semua..Irhan, Aiman & Humaira' alang bleh jumpa..tp abah & kak ana???hanya dlm mimpi itupun andai diizinkan olehNya...syukur pdMu Ya Allah dgn anugerah ini...

Good Luck Nurkasih

Selamat Pagi Malaysia...

Ari nie aku exam KPSL...doakan aku b'jaya yer..tggl satu paper jer lg yg aku perlu usahakan..semuanya ada 3 paper..A,B, & C...yg aku x lulus lg paper B..paper A & C dah lulus...Alhamdulillah...boleh ka aku buat exam ari nie????dah ckup ker usaha aku????emmm...entah la...

Semalam nk jg aku tgk skit2 pekeliling2 yg aku ada...tp apakan daya...mata aku t'pejam awal..bila bngun dah pg...huhu...dpt la tgk skit2 ja...Ya Allah permudahkan segala urusan aku hari nie...smg aku mudah utk m'jawab dgn jawapan yg betul...sblum nie aku jawab dh 2 kali paper nie..tp salah tgk pekeliling la...hehe..soalan tnya lain aku jawab lain...emm...pandai lebih cm nie la jdnya...hehe...

Semoga b'jaya....Nurkasih mesti boleh..yeaaaaaaaaaaaaa......caiyok2....

p/s:siapakah yg guna komputer aku pg td masa aku mandi????tnya adik dia ckp x????emmm...m'jadi tanda tnya...siapakah itu????huhu....

Orang2 yg didoakan oleh Malaikat

Inilah orang–orang yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”

3. Orang–orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada saf-saf terdepan”
(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang–orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf–saf”
(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)


6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang–orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang–orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil’”
(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur”
(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang sehingga petang dan di waktu malam sehingga subuh”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Selamat Hari Guru

Ari nie 16 Mei..stp tahun kita akan menyambut hari guru...di sini sy nk ucapkan selamat hari guru buat semua guru2 ku...

Makcik Mengaji

Tima kasih buat makcik yg mengajar sy mengaji..tanpa dia mgkin aku x dpt m'baca al-quran..umo aku 5 thn rasanya dh g ngaji umh dia...masa darjah 2 aku dh naik al-quran & darjah 4 aku dah khatam...Alhamdulillah...jasanya x t'balas olehku...

Tadika

Selamat hari guru buat cikgu pah & cikgu leha...tanpa kalian aku mgkin x dpt m'baca, menulis & mengira...bnyak sungguh jasa2 kalian...Tima kasih cikgu..garang kalian b'makna buatku...

Sek.Keb.Bintong

Di sini tmpat aku menimba ilmu, terima kasih buat semua guru2 rendahku...nama & wajah kalian masih ku ingat dan x akan kulupakan...masa dlu akn kuberikan hadiah w'pun murah...tp skrg hanya doaku buat kalian smg sntiasa b'bahagia slalu..& dimurahkan rezki...Tima Kasih cikgu..

Sek.Men.Keb.Agama (P) Kangar

Alhamdulillah dgn result UPSR yg baik, aku dpt melngkah ke skolah nie...sekolah yg aku impi2kan..di sini aku dpt menimba ilmu duniawi & ukhrawi...di sini bnyak mngubah aku...guru2 bnyak m'didik aku mengenal dunia & akhirat...seimbang dgn apa yg kita perlukan...Tima kasih buat cikgu2, ustaz & ustazah...jasa kalian sngt2 b'harga...andai berlian yg ku hadiahkan buat kalian x akan sama dgn ilmu2 yg kalian curahkan buatku..sngt2 b'nilai...syukran wahai semua guru2 SMKAP...

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Tima kasih buat semua pensyarah yg banyak m'beri tunjuk ajar buatku sehingga aku b'jaya m'dpt Diploma yg sngt b''makna buatku..Hanya Allah yg akn balas sgala ilmu yg kalian curahkan buatku..smg niat suci kalian akn diberkati olehNya...Amin...

Ku ingin ucapkan juga selamat hari guru nie buat guru2 tuisyenku, cikgu yg ajar aku ttg komputer & cikgu yg ajar aku memandu...tanpa mereka jg mst aku x pndai ttg komputer & x dpt memamdu sperti ari nie...hehe..

SELAMAT HARI GURU UNTUK CIKGU2 SAYA YG T'SAYANG....


p/s:sekejap masa b'lalu...dan 14 thn rupanya aku ?????....huhu...dah besar rupanya...ingt kot masih kanak2 rebina yg slalu main aci sembunyi...hehe...

Guru kau umpama lilin...

Guruku kau umpama lilin yg menerangi gelapku...

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

p/s:jasamu akan ku kenang selamanya...

Malaysia Boleh


Akhirnya Malaysia dpt ke separuh akhir menentang China...Caiyok2...Malaysia mst boleh...Malam nie aku x tido awal sbb melihat p'lawanan badminton antara Malaysia & Denmark..kecut perut dibuatnya bila tgk...ingt kot nk kalah dah...huhu

Akhirnya Hafiz Hashim bangun semula...w'pun dia main b'sahaja tp semngat dia kuat...dia buktikan yg dia mmpu & b'bakat tuk b'main...cayalah....

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu2

Usahamu tidak menentu


Jika kau fikirkan kemenangan

Kau hampiri kejayaan
Jika kau fikirkan kegagalan
Kau hampiri kekalahan

Engkaulah apa kau fikirkan

Terkandung dlm pemikiran

B'fikir boleh malakukan

Kau boleh...kau boleh...Malaysia boleh...


p/s:aku dh lupa la lagu ni..asanya mcm ada yg x betul jer...hehe..x per buat lirik sndri...haha..

Cukup Setahun

Semalam 11.05.2010 cukup setahun aku dpt lesen keta & moto..hehe...kenangan ambik lesen mmg akan aku ingt smpai bila2..dlu masa form 4 aku mmg dah ambk lesen moto, tp aku takut nk test ngn JPJ, dok tangguh2, bila dah smbg belajar, trus lesen 2 mati..huhu...


Setahun ada lesen, mcm2 jd...kena saman dah 2 kali...moto pun dah kena saman, keta pun sama..huhu..ganaskan aku bila memandu...emm...duit pun melayang la beratus ringgit..rugi jer asanya.penat2 simpan duit, habis kena bayar saman...2 la namanya bkn rezki...dan skrg aku dah hati2 ketika memandu, smpai lampu hijau pun aku nk b'henti...haha...

Sshkan bila kita x dak lesen, dlu masa kjer kt p'jaya naik bas g kjer, pas 2 tumpang abg ipar..semua harap org..bila blk cni, bleh harap kt abah masa 2...klu hujan dia la yg hntr aku g kjer..bila moto rosak, dia la hantar ambk aku, org ckp aku mcm bdk sekolah bila abah hantar ambik aku kjer..huhu...

Alhamdulillah sblm abah mninggal aku dh dpt lesen, w'pun abah x bg aku bw keta dia..tp lpas abah x der...aku kena b'usaha jg tuk bawa keta sendri..nak harap sapa lg..mn ada sapa2 dh nk minta tlg..klu hujan x kan nak g kjer dlm hujan kan...skrg aku dh bleh bw keta...nk g mana2 pun snag.. x pyah harap org lg...lgpun aku dah besar..perlu b'dikari sndri..smpai bila nk harapkan orgkan...betul x????

Menu Hari Ibu

Ari nie g pasar tani aku beli udang, sotong & sayur...ari nie aku nk masak sempena Hari Ibu...hehe..lgpun rasanya dh lama x masak nie..maklum la bz memanjang...alasan kan...

Menu hari nie adalah udang masak kunyit, sotong bakar & sayur goreng...sotong 2 mak yg bakar, klu aku nk bakar nmpaknya lewat la mkn nasi...dah la x sarapan, perut lapar sngt2..

Ni la gambar menu ari nie...layan...
Sotong tgh kena bakar nie...dr besar dah kecut...nnt klu manusia kena bakar dgn api neraka cm na yer...huhu...takutttttt....


Sotong Bakar Bila Rindu yg telah siap tuk dimakan...nyum nyum...sedap...

Udang Kunyit Gurauan Berkasih...

Sayur Berdua Lebih Baik..hehe

Selamat Hari Ibu...

Ni adik aku yg buat...aku copy jer nie..hehe..

Selamat hari ibu buat semua ibu2 di muka bumi nie...smg kalian b'bahgia slalu...

Ibu...ibu...
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu..



p/s:bila la nk rasa jd ummi kan..hehe...

Kenapa masih belum berumahtangga???

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam

Kenapa perlu b'usaha

Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

Apa yg abang harapkan drp sebuah perkahwinan


“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”

“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”

“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”

“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”

“Macam mana tu?”

“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1]

“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”

“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”

“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”

“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”

“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”

“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”

“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”

“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya

Migrain & Demam

Semalam seharian aku terbaring jer...migrain menyerang lagi...sakitnya hanya Allah saja yg tahu..sampai aku hantuk kepala nie kat dinding...di tambah plak dgn demam panas...

Smlm pas mkn panadol, demam dah kebah, cuma migrain jer blum...b'denyut2 jer kepala nie...nk jalan pun x bleh...mungkin aku letih kot..sbb 2 demam, rehat x cukup, tido x cukup..mkn pun lambat, angin masuk dlm badan...

Jap g nak g klinik, kena la drive sndri, dlu abah ada, dia yg hantarkan...skrg nie????rasanya bleh kot, cuma kepala nie b'denyut lg...harap2 slamat smpai ke klinik...amin...

Bowling


Ari nie 1 Mei adalah hari pekerja, tp jatuh ari Sabtu so x dpt la kita cuti...klu ari Ahad bleh la cuti ari Isnin...

Aktiviti aku ari nie adalah membawa viva kesayanganku ke kdai cuci kereta..rasanya dh hampir sebulan x cuci keta nie..hehe..sbb aku malas nk basuh sndri & x dak masa nk bw ke kedai...keta 2 kotor sngat2 dah, hampir 2 jam juga la mnggu utk basuh keta...akhirnya vivaku yg hitam 2 dah menawan semula...hehe..

Ptg aku g main bowling ngn kwn, semangat gila nk main, tp bola banyak masuk longkang la...hehe..mula2 main asyik ke longkang, tp bila dh lama bru la mngena...huhu...org ramai gak la...maklumla tmpat bru buka..nie la first time Perlis ada tmpt main bwling...so org Perlis jakun skit la..t'masuk la aku...hehe...

Dah hampir 2 thn aku tgglkan aktiviti nie, dlu ms kt P'jaya slalu gak la g main, bila blk cni b'henti la sbb kt sni x der..mgkin pas nie..Bowling akan m'jadi aktiviti mgguan aku???kita tgk yer...klu ada sapa2 nk g main..ajak la aku sama yer...nk main sorg2 aku segan la...

Jom, jap g nak layan AF..saper la mlm nie akan t'singkir....emmm....perut aku dah 3 hari sakit nie...apa yg aku mkn ari rabu yer...adakah bihun sup????