Sakitnya....
Aku ingt pas blk kje 2 ok la...tp sakitnya hnya Allah sj yg tahu...jln pn t'hnjut2...Ya Allah jika ada rasa riak d hatiku ini..ampunlah sgla dosa2 ku...tp aku pikir blk adkah aku riak..tp x der sdikit pun hati aku nie riak...
Bila mlm lg la sakit....sbb sejuk kot...ambk la krim but2..aku urut la sndri....asanya slap urat kot...aku ni bkn pndai urut pn..tp dh sakit sngt buat2 pndai la...Alhamdulillah akhirnya aku dpt pjamkan mata...
Pkul 8 lbh aku dh tido,(cuti2 m'sia ambk peluang la tido awl....bkn sllau pn..huhu)pg nie aku bngun ok la skit..tp ada rasa skit2 la...
Alhamdulillah jg, akhirnya aku b'jaya smlm x mkn nasi...cayalah mira...aku tau hg mst boleh pnya la...jgn mngalah...capaikan cita2 hg tuk mnurunkan berat badan....
Diet
Ari nie x bleh nk mula, sbb ptg nie nk g servis moto...mkan pn kena kurangkan blik..mgkinkah aku kena diet x mkn nasi???esk aku nk cuba x mkn nasi blk cm dlu...takut bila badan dah naik..bkn apa..takut jd cm dlu...
Buah pn aku dah beli smlm, nk mula mkn buah n msak sayur air...aduh kena telan jg la..apa pun t'jd aku mmg kena turunkan berat sblm berat aku ni smkin m'dadak naik..kena tahan nafsu mkn..biar la tgk org mkn sdap2...jnji aku kena pejam mata smpai aku b'jaya...
Selamat Sampai
Kerana Pemandu t'lelap...
Takziah buat kluarga cikgu nordin krn kehilangan anaknya..Noor Jismi..(Jismi kwn skolah rendah aku dlu, satu kelas)...x smpat dia nk mlangsungkan mjlis p'tunangn pd esok ari...Allah lebih sygkan dia...
Al-Fatihah...
Permata Yang Ku Cari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Alhamdulillah
Sampai kt Rawang aku tnya pemandu bas 2, trun duta x???dia kata trun, sbb aku beli tket mmg trun duta pun...aku tgk2 dia msk KL..smpai jer kat pudu, aku trun la tnya pemandu 2, dh x g duta ker..dia kt x g, yg td ckp kt g duta..apa lg aku sound la...tau pn tkut, dia 2 lari p tmpat lain...Isnin ni mmg aku nk g buat aduan, nk kjer trip sggup buat pnmpang mcm 2....
Alhamdulillah jg, akhirnya doa aku n family t'makbul, bila adik aku dpt msk skolah agama..lega sngat hati aku....skolah aku n kak ddk dlu..Sek. Men. Keb. Agama Perempuan Kangar....Skolah 2 prmpuan smua..so x leh la dia nk m'gatai dgn laki..sng skit...huhu....
Keta sapa nie????
Sekejap Masa B'lalu...
Abah...
Cik rindu sngt kt abah, rumah asa sunyi ja....kdg2 t'pkir jg napa Allah bg pinjam abah skjap sj..tp cik tahu, smua nie dh t'tulis...cik cuma rasa kasih syg abah slama 25 thn jer..tp kasih syg cik kt abah x akn t'henti..cik akn syg abah slamanya..cik hnya ada s'org abah sj dunia & akhirat...
Abah...
Slma 5 bln abah x dak dgn kami smua, mcm2 ujian yg perlu kami tempuh..mcm2 org buat kt kami...sblm nie ada jg kt2 nasihat abh bg, biar apa org buat kt kita, tp kita jgn buat kt org balik...abah mmg ajar ank2 abah hormat pd semua org..jgn melawan apa org ckp...shgga org pijak kepala kita..tp abah buat biasa sj..abah x penah marah apa yg org kata kt keluarga kita...org fitnah mcm2 kt anak2 abah...tp abah..........x penah pedulikan...abah & mak hnya sebut Alhamdulillah sj...kuatnya abah & mak tempuh smua nie...
Abah...
Slm nie kami mmg sntiasa dgar ckp abah...tp sejak abah x dak..ank2 abah dh x tahan dgn apa yg org buat...anak2 abah dh brani mlawan apa yg org kata..bkn kami lupa nasihat abah, bkn kami x hormat org2 tua..tp kami dah x snggp melihat org jatuhkan maruah keluarga kita..dh x sggup nk mlihat org pijak2 kpala kita....kami hanya bngun menegakkan maruah kluarga kita...
Abah...
Sejak abah x dak, mudah sngt air mata cik nie mngalir..dlu cik kuat sngt, air mata nie jarang la nk mngalir..tp sejak akhir2 nie, apa sj org buat, cik akn mnagis...sbb cik dh x dak sapa nk cita masalah..dlu abh ada, ada jg nsihat yg d berikan...apa sj yg cik nk buat, cik mst tnya abah dlu...tp klu abah nk tahu, skrg cik dh x mcm dlu, smua nk harap org, malu nk b'tnya & b'cakp...skrg nie cik dh berani..mcm2 benda cik uruskan sorg2...uruskan harta dunia yg abah tgglkan...harta dunia yg abah x bw ke sana...Alhamdulillah semua dah selesai...w'pun bnyak halangan yg perlu d tempuh...tp cik sabar uruskan semua nie..spy smua org m'dpt bhagian msg2 dgn seadil2nya...
Abah..
Cik nk minta maaf sngt kt abah, dlu bila cik nk beli moto, keta & rumah..abah mst x bg...sbbnya semua 2 abah tgglkan kt kami...tp cik beli moto jg, sb moto 2 dh teruk, Alhamdulillah, ari nie keta cik dah kuar, cik dah beli keta sndri..sbb keta abah, bg arif la guna..diakan satu2nya ank lelaki abah...cik nak jg rasa ada benda sndri...tp x sempatkan abah nak rasa naik keta cik...
Abah...
Kami smua anak2 abah, rindu sngt2 kt abah, kasih syg kami akan terus mnyinar hingga ke akhir hayat..anak2 abah doakan abah bahagia di sana b'sm org2 yg soleh & b'iman...w'pun d dunia nie abah x hidup mewah...tp cik tau, abah d sana senang & gembira..berahat la abah...d dunia abah dah penat m'cr rezki utk anak2..skrg berahat la di sna..anak2 mu sntiasa mngirimkan doa buat abah....
Kuala Perlis
Irhan dh x sabar nk potong kek
Ikan bakar
Udang masak apa tah la....
ketam masak pedas....
Warkah Buat Alang & Kaum Hawa

WARKAH BUAT ALANG...
ALANG, andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
ALANG, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
ALANG, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu ALANG, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
ALANG, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…
Wanita-Wanita Yang Perlu Di contohi
Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.
Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.
Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.
Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.
Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.
Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.
Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.
Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”
Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?
Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?
Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.
Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.
Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”
Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.
Kelebihan Solat Sunat Dhuha
Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.
“Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.
“Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. (Riwayat Muslim).
Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
Khas Buat....
Slamat hari lahir buat HP ksyangan aku yg ke-3...hehe...
HP ni aku beli masa dpt gaji p'tma aku b'khdmat dgn krajaan...
Dpt gj aku trus g beli HP, aku beli dkt the mines...
Buat HP ku.....
Tima kasih kerana sudi m'jd teman hdup ku...ke mana aku pergi..kau akn sntiasa di sisi...
W'pun dah beribu kali kau jatuh shgga b'kecai..tp kau masih elok...
Irhan & Aiman dh brp kali baling kau, tp sdikit pn kau x penah t'jejas..msh mcm baru lg d beli...
Bnyak yg kau tahu kisah suka duka aku...aku akn guna kau slamanya...
Smg kau akn sntiasa sihat & m'jd teman aku slamnya...
I Love U Forever.....
Bidadari
Kau hadir dengan pelita hati
Simpuhmu melangkah kesopanan
Tiada bicara dapat dilafazkan
Pulangku kau sambut dengan senyuman
Pemergianku didoakan kemuliaan
Kau sulam kasih sayang ini
Dengan kemesraan
Walau kesederhanaan
Yang mampu kuhulurkan
Kau tadah penuh keredhaan
Limpah syukurmu kususun rapi
Agar dirimu dapat kuhargai
Sebagai bidadari
Kau permaisuri hati
Kau permata suci
Akan tatahkan hatimu
Dengan sinar iman
Akan kuhiasi jiwamu
Dengan kewajipan
Tanda mensyukuri anugerah Tuhan
Serta anak yang menjadi penawar
Dirimu anugerah Tuhan
Amanah buat insan beriman
Rusuk kiriku
Dicantumkan
Agar dapat kita bergandingan
Lembab
ka line steamyx x ok...
nk main game pn x bleh...huhu..
mlas dah la nk guna...
jom nk g bc buku la...
Novel pn ada yg nk d baca, tp mals lg la..sbb tebal sngt..
Bc buku dr.tuah dlu la...x habis2 lg dr ari 2...huhu
tension ja dok mnggu loading lambat...
Gaji + Bonus
Bonus yg dpt nie, aku ingt nk bw mak n adik2 p mkn ikan bkar di Kuala Perlis...buat kakak n adik aku, jom la kita kgsi sorg skit, bleh kita mkn ramai2...nk belnja smua..huhu...faham2 jela...x sabar nk tggu diaorg blk cni esok....tambah x sabar nk jmpa aiman & humaira'...
Skjap masa b'lalu, esk kita akn mnyambut Maal Hijrah 1431H...smg kita akan jd lebih baik lg pd thn ini dan pd thn yg akan dtg....Amin...Usia kita pn smkin mngkat....smg kita sntiasa m'persiapkan diri tuk bekalan d sana..marilah kita kejar syurga dunia & syurga akhirat....
Awal Muharram
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Tinta Buat Bakal Suamiku
Bakal suamiku.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.
Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
Dariku,
Bakal isterimu
Al-Fatihah
Sedih bila tringt adik dia yg kecik, asanya bru drjah 2 kot...adk dia mmg manja dgn mak dia...sabar yer ayu, aku tau ko mmg kuat...Allah lebih sygkan ibu...smg dia d tempatkan d kalangan org2 yg b'iman...Jg ayah & adik2 ko elok2...aku sntiasa m'doakan tuk ko...
Dealova
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih
aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada
hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi
Aquaria KLCC
Ari sabtu 12 Disember 2009, km satu family g aquaria klcc...adik aku x msk sbb dia nk nyusukan humaira' ssh..lgpun humaira' bkn reti lg nk tgk ikan2 kt dlm 2...
Aiman la yg plg suka sngt bila msk si2, tp bila dia nmpak ikan besar, mst dia pejam mata..Mlm nie x brp rajin sngt nk mnaip, jom layan gmbar dah yer...yg mn aku smpat ambk..k..
Gembira...
Rupanya sgguh besar kbesaran & nimatMu ini, aku memohon rezeki yg melimpah ruah dr Mu..Ya Allah...berkatilah sgala rezeki yg telah Engkau berikan utk hambaMu ini yg tidak penah putus2 b'doa...
Aku slalu b'doa smg rezeki ku & keluarga ku akan b'tambah lg...
Copy Paste...(sorry)
Anak-anak buah alang
Mengertilah bahawa
Setiap saat alang mengingati
Setiap detik alang merindui
Rindu pada gelak tawa
Dendam pada senyuman manja
aiman
Dirimu yang amat manja
Celoteh memanjang penghibur suasana
alang tahu..
pasti dirimu tercari-cari akan alang
Ternampak-nampak di mata ini
Dirimu yang mula menapak kaki
Mengalir air mata alang
Bila terlihat kelibat bayi
Terbayang saat pertama humaira'
dalam pangkuan alang
Permata Hati alang semua,
Rindu itu satu anugerah
Lahir dari hati yang tunduk pada Ilahi
alang rindu pd damainya ketenangan
Kerana ketenangan hati alang hanya ada pada kalian
Happy Birthday...
Arwah kak melahirkan irhan pd usia kandungannya 7 bulan...Mula2 arwah kena msk wad, sbb air dlm badan dia x ckp..aku msh ingt lg, ms 2 hari raya p'tama..dia g cek kt hspital..tgk2 kena tahan msk wad..doktr suspek denggi...dia kena tmbah air bnyak smpai bdan dia dah kembang...tgn2 dia habis lebam sbb kena cucuk, dktr nk ambk darah dia..
Dah air t'lebih sngt dlm badan, smpai bb dlm perut pn dah naik lemas...ptg 2 aku p nk tgk dia..tgk suami arwah n smua sedara dh ada kt luar..rupa2nya arwah n bb tggl 50 antara hidup & mati...pas 2 dktr nk buat operation...Alhamdulillah operation b'jaya..arwah & bb slamat..smua org b'syukur sbb dua2 slamat...tambah2 lg bila tgk ank sedara yg p'tama lelaki...gembira sngt ms 2...
Esok pg kami bleh melawat arwah, tp hnya bleh msk sorg2 saja...masa 2 aku tgk dia mmg dah x dak harapan..lemah sngt..mmg aku ingt dia akan tggl kan kami...Irhan dlm jagaan nurse sbb x ckp bln...Tp berkat doa smua org arwah sihat, dh bleh kuar wad..kami skluarga b'syukur sngt..krn dia d berikan ksmpatan utk merasa nikmat m'jd s'org ibu lbh krg dkt 4 thn...
Irhan skrg dah b'usia 7 thn...Dia smpat marasa kasih syg s'org ibu slma 4 thn jer...dh 3 thn arwah ibu tgglkan dia..ms 2 dia msih kecik....ksian bila tgk mata dia..kecik2 lg dah tiada ibu..sdangkan org lain stp hari dpt ciuman s'org ibu...g skolah ibu kwn2 dia hntar...ksiannya irhan....
Allah lebih sygkan arwah...Alahmdulillah dia ada tggal s'org anak lelaki yg akan m'doakan dia di sana...
Alang doakan irhan b'jaya dlm plajaran, m'jd anak yg soleh tuk doakan ibu di sana...smg Allah m'beri ksihatan yg baik buat p'mata hatiku ini, dpt m'besar sprti kanak2 lain..w'pun syg tiada kasih syg s'org ibu..tp syg masih ada ibu2 saudara & opah yg sngt sygkan irhan...Smg syg x akan lupakan ibu di sana...
Buat arwah k.ana, slg kami mampu, km akn jg harta yg engkau tgglkan sbgai pngubat rindu kami buat dirimu...kasih sayag kami x akan b'kurangan buat Irhan Nas Syifa'...Damailah k.ana di sana disamping arwah abah & kami smua doakan kalian d tmpatkan dikalangan org2 yg soleh..AMIN...
Kali t'akhir ku melihat wajahmu...
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi
Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali
Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...
Nak g kendri...
Seharian b'jalan jer..naik lenguh dah kaki nie...
Nnt aku cita yer pasal aquaria nie...
Nk upload gambar tp USB kamera x bw plak...
Jap g nak g kendri spupu kawin dakt Kl..
Harap2 cr dewan kendri 2 jmpa la...
Kendrinya buat skali ngn pngantin prmpuan...
Ssh gak sbb plan tmpat kndri 2 x der...
Mlas la nk siap2 nie..asa nk rehat jer kt umah...
Ari ahad nie biasa la, ari tuk rehat...
Esok dah nk blik ke negeri ksyangn aku...hehe
Ptg ni aku ada aktvt ngn kak aku...
Km nk p satu tmpat...apa dia tungguuuuu...
Nnt aku cita ya...nk g cr tiket skali...
K la nk g b'siap nie...nak pkai cntik2 skit...
Nk g ambk berkat pngantin skali...hehe
Bingkisan Doa...
Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan mulikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya. Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya ALLAH ya TUHAN-ku pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu. Sesungguhnya apa yang telah ENGKAU takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.
Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia & di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan akau ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.
Amin, Ya Rabbal A'lamin...
Tak dpt n lelapkan mata....
Aku x dpt nk tido plk mlm nie..yela td dah seharian aku tido dlm bas..bas 2 plak b'goyang2..pening kepala aku..dh pening apa lg tido la...nsb la ada laptop adik..bleh gak aku tlis apa yg ptt kt blog aku nie...w'pun xdak org nk bc..tp blog ni bleh jg dianggap diari harian aku..huhu..suka duka aku...nnt bila2 boring bleh la aku buka n baca blik apa aku coretkan di sini..
Sampai td, nmpak aiman..asa hilang letih aku naik bas...best sngt bila tgk aiman & humaira'..trasa hilang rindu aku buat anak2 buah aku...
Mlm ni jg aku x dpt nk tido bb humaira' nangis...dia tgk muka org lain ja..nangis...maklumla dia dh mulakenal org...nsb la dia nk jg kat alang nie...bleh alang cium dia puas2..pipi dia dah tembam...hehe...
Pg ni kami semua nk g jalan2..nak bw adik yg dpt 4A..sian plak xdak apa nk bg dia..bw jela g jln2...kami nak g KLCC...msk aquara....harap2 best la p'jalanan kami hari nie...
Putrajaya...
Minta izin bos tuk kuaq awai skit...
Doakan aku slamat sampai yer...
Smg aku dpt jmpa kwn2 smua kmbali...
Slamat tggl negeri ksayanganku..Perlis Darul Sunnah...
InsyaAllah ari Isnin bru aku blik sni...
Isnin nie aku ambik cuti..best dpt rehat...
K..bye..nk g stesen bas dah....
Syukur PadaMu Ya Allah...
Smlm aku dpt pggilan tel..loan keta aku dah lulus..Alhamdulillah, berkat doa aku slm ni d makbulkan Allah..tp aku x nk b'ia2 sngt..mn la tahu kan tb2 x d luluskan plak...pemikiran org bila2 pn bleh brubah..harap2 sgl impian ku akn m'jd knyataan...dh 3 thn keja bru kali nie t'buka pintu hati ku tuk beli keta...
Mula2 ingt nk beli umah, tp aku asa buat ms skrg nie biar la aku ddk dgn mak dlu, jg mak & adik2..klu beli nk sewa kt org pn syg plak..abis aku buat kputusan nk beli keta...InsyaAllah bila ada rezeki pas abis byar keta aku beli umah plak...mudah2an d murahkan rezeki lg...Amin...
Aku b'syukur sngt krn aku d murahkan rezeki..w'pun gj aku x bnyak, tp mgkin keberkatan bila kita ikhlas 'buat kerja..w'pun skit, asa mcm bnyak jer...
Hanya satu jer lg doa aku blm d'makbulkan... doa utk m'dpt teman hidup yg akn m'jg & m'didik aku...Allah belum beri lg kesmpatan kpd aku untuk m'jd seorg isteri & umi yg solehah buat suami & anak2...aku x penah putus b'doa kr aku tahu & yakin apa yg t'jd ada hikmah dan kemanisan buat aku.. rahsia Allah buat hambanya yg sentiasa b'sabar & b'syukur...
Andai blm ada jodoh aku lg buat ms skrg..aku b'doa smg Allah murahkan rezeki pd ku...dan p'mudahkan sgla urusan aku untuk menunaikan haji...slalu sngt aku b'mimpi m'jejak kaki di tanah suci Mekah...ddk di hadapan Kaabah Mu Ya Allah...ahh rindunya aku utk mlagkah ke sana...smg doa ku di makbulkan..InsyaAllah....
Rindu....
Irhan ddk satu taman ja, tp jrg dtg umah..huhu..sdihnya.. 2la satu2nya harta yg arwah k.ana tgglkan...
Ahhh rindunya bila aiman pggl adang (alang)hehe..lawak la aiman nie...alang rindu kt aiman...nnt alang p sna, aiman tduq ngn alang tau.....
Humaira' si comel alang nie dah kenal org..nnt bila alang p sana, jgn x mau dgn alang dah la....alang geram la kt pipi bulat dia 2...alang ada beli baju baru tuk humaira'..cntik sngt...warna merah...nnt pakai p klcc tau...
X sabar rasanya nk g p'jaya esok jmpa aiman & humaira'..alang nk bw irhan p sna jg, tp dah abah aan x bg x dpt la nk bw...klu x, bleh kita p klcc ramai2...
B'sabar la wahai sahabat ku...
Smg aku akn m'jd wanita yg lebih cemerlang lg..bnyak sngat ilmu yg aku dpt ari nie...
Nnt bila rajin aku kgsi yer topik2 yg menarik..sbb smua topik mmg menarik..p'ceramahnya mmg bagus skali...aku sedikit pn x mngantuk sbb dia pndai buat org ketawa...
Pas blk seminar td, aku smpt chat ngn sahabat aku yg bru lpas kawin..skrg dia ddk dgn ibu mertua dia...aku pn tnya la cm na sonok x dpt ddk ngan mertua..dia kt mertua dia ok..baik...Alhamdulillah bila aku dgar jawapan 2...
Dia cuma x brp biasa ddk umah org lama2..biasa la dia jrg g umah org...aku pn nasihat la dia..skrg dia dh jd hak org..dah ada suami..so kena la ikut ckp suami..dia ksian tggl mak dia..sbb klu mak dia nk g mn2..dia yg akan bwkan...
Dia nk sngt ddk ngn mak dia..tp maklum la suami dia pn nk ddk dgn mak dia gak...aku pn kata la kt dia..klu nk ajak dia ddk luar..jgn paksa2 dia..ckp elok2..klu nk senang..cr umah sewa yg dekat ngn umah dia n suami dia..kan adil 2...
Aku x nak sbb p'kara ni dia gaduh ngn suami dia...aku suh dia bnyak2 b'doa..smg hati suami dia lmbut dan senang b'bincang...
K..kpd sahabat ku...jg suami n mertua baik..2 ada lah tggjawab ko skrg nie...smg ko bahagia dan m'jd isteri solehah buat suami....
Tb2 air mataku mengalir ...
Blk td tgk keta, asa mcm dia ada jer dlm umah....
Bila msk tgk umah sunyi jer....slalu dia ddk atas krusi dpan tv...
Stp ptg dia akn tggu aku blk keja, nk mkn kuih yg aku beli...
Ya Allah berikan lah ketangan pd aku, spy aku dpt lalui liku2 hidup ini dgn penuh ksabaran..
Aku tahu apa yg t'jd ada hikmahnya...Aku perlu kuat mgharungi semua ni...
Cinta Adam & Hawa
M'jd saksi impian murni...
M'cari kasih suci....
Sentiasa rasa sunyi bersendiri...
Mn dia kekasih hati....
Mn dia pujaanku yg sejati...
Dgarlah bisikan asmaraku....
Keja......
Dah cuti 2 hari, brg jer dok umah,
Atas meja mst bnyak fail la...smngat ari nie nk g buat keja...hehe
Kena rajin nie, nnt nk tlus apa dlm SKT...huhu...
Ya Allah kau p'mudahkan sgl urusan utk aku mnyelesaikan smua keja2 aku...
Smg ari nie damai & tenang tuk buat keja...
K, nk g b'siap tuk g keja....
Rindu padaMu Ya Rasulullah
Geringmu membawa petanda,
kau kan pergi menghadap Yang Esa
Disisi Humaira’ isteri tercinta
Dikelilingi sahabat juga saudara
Sebelum pergi kau bisik padanya
Membuat puterimu tersenyum gembira
Kau menunggu kedatangannya
“di akhirat sana kita berjumpa”
Setelah kau pergi sunyilah kota
Hiba Umar tidak terkata
Akan dipenggal semua kepala
Andai dikhabarkan kau telah tiada
Namun imannya kukuh sentiasa
Direlakan juga walau terpaksa
Bilal pergi keluar kota
Kerana pilu tidak terhingga
Setelah lama kau bersemadi
Kota sunyi tidak berpenghuni
Tiada kau sebagai penyeri
Suka dan tawa tidak didengari
Mimpi Bilal kau datangi
“adakah aku tidak kau sayangi??
Wahai Bilal,ziarahlah ku disini
Rindu padamu tidak terperi”
Menangislah Bilal bangun dari lena
Tidak disangka baginda menunggunya
Segera berkemas pulang ke kota
Berlarilah unta meredah benua
Di saat tiba di dalam kota
Di makam Baginda terduduk hiba
Air mata menitis jua
“betapa ku rindu pada Baginda!”
Dengan semangat dan azam baru
Gunung kau daki tanpa ragu
Azan dilaung memuji Yang Satu
Suara merdu memecah di kalbu
Menangislah seluruh penduduk kota
Azan mengimbau kenangan bersamanya
Tidak didengar sekian lama
Kini bergemanya menusuk di jiwa
Beramai-ramai menjalankan kewajipan
Wajah Baginda bermain difikiran
Alangkah rindunya tanpa sempadan
Namun hidup perlu diteruskan….
Bisikan Nuraniku
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku
Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini
Good Luck adik......
Harap2 dia dpt la jawab semua solan yg d berikan...
Smg d permudahkan sglanya...
Aku sngt b'harap dia dpt mask skolah agama...
K nk g hantar dia kt skolah sena....
susah kan?????
Susah bila diri nie masih bujang...
Mcm2 ujian yg perlu di tempoh....
Aku heran la, org laki nie (x semua laki la)dah ada isteri n ank pun, bleh lg dok m'gatai kan????
Apa la nk jd org zaman skrg nie, umur dh smkin mngkat, lg m'jd2...huhu
Ya Allah kau p'teguhkan iman ku ini, kuatkan hati aku...
Aku x akan m'guris hati s'org wanita, krn aku jg wanita yg lmbut hati...
Sedihnya bila mngenag org yg kita syg, sggup curang di sebalik cinta suci yg diikat janji setia....huhu
Jauhkan aku dr semua nie Ya Allah..x sggup aku nk hadapi ujian Mu ini...
Ya Allah aku menadah tngan memohon pada Mu...
Kau p'mudahkan utk aku b'temu jodoh...
Smg apa yg jd x akan b'ulang lg....
Reunion SKB 1991-1996
Aku pun ok jer, w'pun wat mlm, tp skali skala nk jmpa kwn2 lama..
T'paksa la aku kuar mlm huhu,
7.45 aku dah siap tggu kwn2 aku, aku ingt depa nk ajak naik keta skali..
Rupanya, diaorg salah dgaq, so aku kena la bw keta sendri....
Sampai kt tmpat nk reunion, emm tgk2 x der sapa smpai lg, cuma geng2 kami jer...
Sonok gak la bila dpt jmpa kwn2 lama, w'pun x semua yg dtg...
Cita2 lm pn t'ingat blk la....t'kluar la cita2 lucu ms skolah rendah...
Hrap2 nnt dpt la buat lg reunion nie...klu dpt jmpa smua lg best kan....
Smg p'sahabatan kita slama nie x t'putus.....
Sukar membuat pilihan....
Tambah2 lg ada 2 plihan sj yg perlu kita pilih....
Solat Istikarah yg perlu kita buat bila perlu memilih...
Smg ptunjuk Allah akan beri jawapan dan keputusan yg kita perlukan...
Bangun di tengah malam untuk kita b'doa, kerana Allah sentiasa m'dgar doa umatnya,
Wak2 yg t'baik adalah di tgh mlm, b'sujud padaNya, mohon yg t'baik...
Smg hati kita tenang dah peroleh kebahagian.....
Kebahagian yg kita cr dan kita layak milikinya..
Perlu ingt, apa yg jd, adalah ujian Allah...
Kita kena sabar menerima smua 2,
Bila kita sabar, kita akan bahagia di kemudian hari....
Lega skit..........
Dah lama sbenarnya nk buat semua 2, tp entah la, rasa berat hati nk p buat,
Lg pun mmg x dak masa nk p buat...
1 Disember nie aku kena p plak untuk apa entah la...
Harap2 x der lg ujian Allah kpd kami sekeluarga,
Tp jika Dia menguji lg kami semua, km sudah b'sedia,
Krn semua nie ada hikmah dsebaliknya...
Pngalaman dan ujian yg diberikan bnyak m'beri aku kekuatan,
Apa yg jd m'buka luas mata kami dan mngenal erti khidupan,
Hidup d dunia hnya smentara shj, Akhirat yg perlu d kejar,
Harta dunia tidak bleh d bawa ke akhirat...
Kami tahu smua nie ujian yg ringan shj d berikan....
Km x sggup menerima ujian akhirat mu Ya Allah...
Berilah kami ksempurnaan hidup, spy kami semua bahagia di sana...
Dpt jumpa ABAH & KAK ANA...hidup di SYURGA yg kekal abadi...
AMIN
Tima Kasih Mak....
Mlm nie dpt baju baru...
Bleh la pakai raya haji nie..
Baju warna oren....(",)
Tp bju tuk raya haji nie dh siap...
Bkn nk raya sngt pun, baju 2 aku upah nk pakai keja...
Tp saja simpan tuk pkai raya nie...
B'tambah plak la koleksi baju kurung aku...Tima kasih Makkkkkkkkkk.........
Jgn jelous ya.................
Cerita di klinik
Nsb la dktor bg MC, mklum la pagi aku g keja, dah pkul 12 bru g klnk...
Masa tggu dktor aku dgar la cita sorang mkck nie,
Dia kt bdk zaman skarg nie klu nk cr psangan bkn plih keja sngat,
Depa x kisah pun keja apa, aku pn pkir la, abis klu x plih keja, depa plih apa????
Aku ingt nk cr yg b'iman la...rupa2nya makcik 2 sebut, bkn plih keja, plih rupa, bdk pompuan zaman la nie nk yg handsome ja.......huhu.....nsb la aku x sihat, asa cm nk jawab jer....
Bg aku rupa x brp penting, mst smua org nk yg handsome kan????bg aku baik cr yg sedap mata memandang, manis rupa paras, bibirnya yg sentiasa mengukir senyum...
Cr la yg b'iman itu yg paling penting..betul x????cr la yg dpt jd imam dlm solat, yg dpt mngajar ilmu2 agama & yg dpt mendidik kita m'jd isteri solehah dunia & akhirat...
Nk cr yg b'iman 2 la yg palg susah kan????kdg2 kita nk suami yg soleh,
Adakah kita nie dh ckup solehah untuk m'jd isteri yg t'baik...
Untuk kita m'gapai pelangi yg t'sergam indah dilangit, mmg ssh untuk kita kecapi,
Tp jika kita sentiasa usaha untuk m'dptkannya..InsyaAllah kita akan b'jaya...
Mcm 2 jg la untuk kita m'dpt yg t'baik dlm hidup nie, perlu meredah onak & duri,
Perlu melalui jabatan yg begitu pnjag utk kita smpai ke ujg jalan,
Yg penting usaha, doa & tawakal....Ingt, Allah sntiasa b'sm hamba2nya yg sentiasa b'doa...
B'doa la supaya kita dikurniakan pelangi indah yg akan
mewarnai dan m'ceriakan hari2 kita hingga menuju syurga yg kekal abadi....AMIN....
Demam..
Hrp2 esok ok la, x yah ambk MC,
Tp klu demam gak, kena g klinik la...
Ni mesti demam rindu....
Rindu kat sapa ya????
Mst la aku rindu kt Abah n Kak Ana...
Smlm g ziarah kubur arwah...
Aku rindu sngt2 kat depa...
Skjap ja masa b'lalu abah dah 4 bln tingglkan kami smua...
Kak Ana dah nk msk 3 thn sab2 nie...
Smg kalian bahagia di sana, km di sini sentiasa m'doakan yg t'baik utk kalian...
InsyaAllah di sana kita akan jmpa kembali...
X sabar rasanya nk jmpa abah n k.ana..
Klu di beri w'pun sminit, akan ku cukup tngn dan peluk abah...
Nak borak2 dgn kak ana, dah lama rasanya kita x smbang adik bradik mcm dlu...
Tp semua 2 x akan b'ulang lg..kalian sudah tiada di dunia....
K lah dah x dpt nk menaip nie...air mata aku dah mngalir laju...
Aku t'lalu rindu kt abah dan k.ana...
AL-Fatihah buat mereka....
Ke mana ku bw hati yg rindu...
Mgkinkah kau dgr keluhan hatiku
M'cr sinar cintamu.....
Bila impian m'godaku,
Usah kau m'bisu, berikan jawapan,
Di mana bukti kasihmu...
Malam yg indah tiada ertinya
Jiwa ku resah mengenang dikau
Angin yg b'lalu mnyentuh hatiku
Bagai t'dgar suara kasih ku...
Jagalah Hati Kita
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!
Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,
Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,
Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,
Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,
Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu
Tahniah Adik
Adik aku dpt 4A 1B, w'pun x dpt 5A x per la, janji result dia pn ok,
Harapan nk bg dia msuk skolah agama cerah,
Mg2 dia dpt msuk skolah agama,
Aku nk sngt dia smbg belajar kt Mesir n jadi Ustazah,
Tp kejayaan dia x dpt nk kongsi ngn ABAH,
Abah x smpat nk tgk kejayaan adik,
Nasib la adik x putus asa, w'pun abah pergi 2 mggu lg dia nk UPSR,
Berdebar-debar..
Adik aku nie nk dpt brp A la,
Harap2 dpt la 5A, Aku nk sngt dia msk sekolah agama,
Aku x suka dia msuk skolah biasa, sbb aku tau adik aku nie jenis ikut org,
Aku x mau dia jd mcm bdk2 lain, b'kepit sna sni ngn laki,
Ya Allah p'mudahkan sgala urusannya, smg dia b'jaya dan msk skolah agama....
Nasihat untuk orang yang B'cinta
Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
Lama x buka blog...
Tp x tau la nk cita apa plak,
Klu smlm mmg bnyak sgguh aku nk menulis,
Cuti baru nie aku g P'jaya,
Kwn baik aku Umiera kawin,
Tahniah buat dia, akhirnya jmpa jg teman yg sudi m'jg dia...
Abis semua kwn2 dah kawin, pas nie dah x bleh la nak cita msalah lg,
Sorang2 kwn2 aku dah menamat zaman bujang depa...
Hanya tggl aku, huda n husna ja blum lg...
Doakan kami mudah b'temu jodoh yer...
Tahniah gak buat along, dia dah akad nikah lepas raya baru nie,
Majlis dia bln 2 nie, tp dgar berita baik, dia dah ngndung..
InsyaAllah x der apa2 nnt aku smpai Kelantan plak nk g majlis dia...
Kawan aku Zafrina pun dah mengandung 3 bulan,
Seronok tgk kawan2 semua bahagia...
Buat Ayu n Laila aku sentiasa b'doa smg korang cpt2 dikurniakan zuriat...
Huda yg belajar kat Mesir pun dan blik M'sia,
Skrg dia tgh tggu result akhir dia, smg dia lulus n d'permudahkan untuk dpt kerja..
K lah bila2 rajin aku coret lg...bkn malas nk menaip, lepas arwah abah x dak,
Aku mmg bz, smpai x smpat lgsg nk buka blog, mcm2 benda nk kena buat,
Kat opis skrg nie pun bkn bleh main2 sngt, kena buat keja jer...
Kenduri kawin Usmiera
Gambar t'baru humaira'


Ni plak gambar aiman firas, tido dlm kelambu, takut kena gigit nyamuk, dia dh la putih nnt merah jer kulit klu nyamuk gigit..mlm2 aiman tido ngn alang, senang jer bg dia tido, pejam mata jgn tgk dia, dia tido sndri lpas bc buku sorg2...
Dia Pilihanku
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..
Aiman Firas balik kampung
X sabar alang nk tggu Aiman blk kmpg, nnt mlm2 alang bleh la tido ngn Aiman, ada la alang teman..Nnt alang bg Aiman makan bnyak, mama n daddy blik raya tgk anak depa dah berisi, la ni Aiman dh tggl kecik, dah dia x sihat apa pun dia x mau mkn, lpas dia sihat nak mkn mcm2..sampai mkanan org pun dia nk mkn...
K la, aku x larat nk taip..skrg nie aku dok gila main FarmVille kt facebook..dok tanam pokok...hehe..k byeeeeee...
Gambar T'akhir mak & abah

Ni la kenangan t'akhir mak & abah aku, time nie depa p Genting, kakak n adik aku bw depa p sna, sj p jln2 sempena ulang thn p'kahwinan mak & abah yg ke-31 thn...
Masa nk ambik gambar nie mak aku dok jauh skit, abah kata mai la dekat skit, mana bleh dok jauh2, kena dekat2 baru mesra...abah wat lawak masa nie w'pun dia x brp sihat...
Abah nk bw mak p jln2, sbb dia x penah nk bw mak p jln2, rupa2nya nie la kali t'akhir abah nk bw mak p jln2..
Kelebihan Solat Sunat Terawih
Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam 3 :
Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 :
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.
Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 :
Seolah-seolah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi (a.s) menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang Terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim (a.s).
Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad (s.a.w).
Malam 10 :
Allah (s.w.t) mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 :
Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang Terawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 :
Semua malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 :
Allah (s.w.t) tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga.
Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 :
Seru malaikat : Hai ! Hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 :
Allah (s.w.t) tinggikan darjatnya didalam syurga Firdaus.
Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang solihin
Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur .
Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 :
Allah (s.w.t) binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur
Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika sujud).
Malam 25 :
Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 :
Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
Malam 29 :
Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya pahala seribu kali Haji Mabrur
Malam 30 :
Allah (s.w.t) beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : " Hai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) yang bernama Al-Kauthar".






