Alahamdulillah td aku g seminar yg b'tajuk 'M'perkasakan Kecemerlangan Wanita"
Smg aku akn m'jd wanita yg lebih cemerlang lg..bnyak sngat ilmu yg aku dpt ari nie...
Nnt bila rajin aku kgsi yer topik2 yg menarik..sbb smua topik mmg menarik..p'ceramahnya mmg bagus skali...aku sedikit pn x mngantuk sbb dia pndai buat org ketawa...
Pas blk seminar td, aku smpt chat ngn sahabat aku yg bru lpas kawin..skrg dia ddk dgn ibu mertua dia...aku pn tnya la cm na sonok x dpt ddk ngan mertua..dia kt mertua dia ok..baik...Alhamdulillah bila aku dgar jawapan 2...
Dia cuma x brp biasa ddk umah org lama2..biasa la dia jrg g umah org...aku pn nasihat la dia..skrg dia dh jd hak org..dah ada suami..so kena la ikut ckp suami..dia ksian tggl mak dia..sbb klu mak dia nk g mn2..dia yg akan bwkan...
Dia nk sngt ddk ngn mak dia..tp maklum la suami dia pn nk ddk dgn mak dia gak...aku pn kata la kt dia..klu nk ajak dia ddk luar..jgn paksa2 dia..ckp elok2..klu nk senang..cr umah sewa yg dekat ngn umah dia n suami dia..kan adil 2...
Aku x nak sbb p'kara ni dia gaduh ngn suami dia...aku suh dia bnyak2 b'doa..smg hati suami dia lmbut dan senang b'bincang...
K..kpd sahabat ku...jg suami n mertua baik..2 ada lah tggjawab ko skrg nie...smg ko bahagia dan m'jd isteri solehah buat suami....

3 comments:
salam...
perkahwinan adalah perkongsaian dua hati suami dan isteri, agar kekal hingga ke akhirat.
pada saya, bila berkahwin, perlulah berdikari sendiri, tak perlulah tinggal dengan mertua berterusan. Bawalah haluan dan rasailah hikmah dalam sesebuah peerkahwinan.
nur kasih,
sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.
Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan seseorang menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil seseorang itu akan jadi menantu kesayangan..
tips..
1. Sebaik sahaja seseorang sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika sesorg itu membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua. Tanya kepada pasangan, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika seseoarng itu tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali si isteri ( mungkin tak berlaku kot..kan?) memarahi anaknya di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap si isteri terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu.
6. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika si isteri berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
7. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan menantu ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun si isteri keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah...hehhee.
9. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar..
sekadar membaca rasa..
Salam..
Tima kasih krn m'beri panduan sblm meniti alam p'kahwinan...
Smg panduan ini dpt sy manfaatkan nanti..InsyaAllah jika dberi sedikit peluang...
:)
Post a Comment