Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat drp hidupmu.
Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakkan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yg mudah menyerah. Habis madu sepah dibuang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari gadis yg terpelihara dan terjaga.
Jika kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sesekali meminta apa yg di luar kemampuannya. Hatta, walaupun mereka mampu memberikan segalanya padamu, jangan sesekali menunjukkan peribadimu yg cinta dunia kepadanya. Ia takkan membahagiakan.
Jika kau seorang suami, tiada resipi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumahmu ke arahnya. Moga cintamu berkekalan hingga ke syurga.
(Pemilik Cintaku - Fatimah Syarha Mohd Noordin)

No comments:
Post a Comment