Untukmu Sayang

Lilypie Breastfeeding tickers

Janji


Tarikh keramat itu,
Mengikut sebuah janji,
Walau tak pernak bertemu,
Walau tak pernah mengenali.

Kerana yakinkan agamaku,
Kau melangkah datang,
Kerana yakin agamamu,
Janji ini kuserahkan.

Kutertunduk malu-maluan,
Kautersipu dalam senyuman,
Dua keluarga duduk berhadapan,
Merancang sebuah penyusunan.

Hari-hari pertunangan melewati,
Bumi kenyalang kauredahi,
Bumi Damsyiq kujejaki,
Memburu redhai Ilahi.

Terpisah jauh dua hati,
Lautan dan benua merentangi,
Tak ternoda ikatan dek murka Ilahi,
Mempertahankan kesucian hakiki.

Masa terus memintas kita,
Kau berjuang di dunia kerjaya,
Diriku berjuang di medan Sarjana,
Sama bernaung di ibu kota,
Namun syariat tetap terpelihara.

Ya Allah...
Kuatkan kami bermujahadah,
Mendamba cinta-Mu yang terindah,
Cinta manusia hanyalah wasilah,
Menagih rahmat dan maghfirah.

Ya Allah...
Jangan biarkan ikatan kami dicemari,
Dengan maksiat nan keji,
Permudahkanlah urusan kami,
Memeterai sebuah janji.

2 comments:

Anonymous said...

salam...

amin......nampaknya makan nasi minyak la saya..alhamdulillah..

NuRKaSiH said...

Salam..

Amin...InsyaAllah..nasi mnyak lambat lg la...hehe...