Bercakap soal kualiti, hari ini saya ingin mendedahkan beberapa karakter lelaki yang ‘kurang berkualiti’ yang harus anda hindari.
1) Anak emak
Anak emak yang dimaksudkan di sini adalah lelaki yang terlalu bergantung kepada ibunya. Mereka juga lebih mengutamakan ibunya dan sanggup mengenepikan pasangannya walaupun sudah berumah tangga. Pendek kata, urusan rumah tangga anda juga kadang kala perlu dirujuk kepada ibunya terlebih dahulu. Di dalam Islam juga menggalakkan anak lelaki mengutamakan ibunya terlebih dahulu berbanding isteri. Namun sebagai ketua keluarga, kebijaksanaan seorang lelaki dalam menyeimbangkan peranannya terhadap ibu, isteri serta anak-anaknya memainkan peranan dalam keharmonian rumah tangga.
2) Buaya darat
Elakkan diri anda dari lelaki yang suka menabur janji manis dan bijak berkata-kata dalam memerangkap bakal pasangannya. Lelaki yang ala-ala mat romeo ini memang pandai menanam tebu di pinggir bibir. Hari ini si dia keluar dengan anda, esok dengan awek lain, hari berikutnya begitu juga. Silap-silap haribulan si dia sudah pun berumah tangga dan ada 3 orang anak ! Aduh, gawat !
3) Tarik tali
Lelaki yang suka main tarik tali, rasanya anda pun faham sendiri kan? Berkawan dengannya bertahun-tahun lamanya. Namun bila anda meminta supaya perhubungan tersebut diikat, pelbagai alasan yang diberikan. Belum cukup duit, belum bersedia, merupakan alasan popular yang sering diberikan. Tidak salah untuk anda memberi ruang dan tempoh untuknya, namun jika sudah sampai satu tahap yang membuatkan anda ragu-ragu akan keikhlasannya, eloklah angkat kaki dan carilah lelaki yang sudi menerima diri anda seadanya.
Bagaimana? Adakah anda pernah berdepan dengan jenis lelaki seperti di atas? Jika pernah, ambil iktibar darinya dan jadikan ia sebagai pengajaran untuk anda.

No comments:
Post a Comment